11 December, 2016

DISTRICT 21 : Panjat, Terbang, Gelongsor dalam Satu Bangunan

Disember 2016

Sebelum ni, syukur, kami dah berjaya menjalankan aktiviti fizikal dan ekstrim di ESCAPE Pulau Pinang, SKYTREX Langkawi dan SKYTREX Shah Alam (saya dah cerita dalam blog). Sekarang sampai masa kami plan ke DISTRICT 21 yang merupakan aktiviti fizikal dalam bangunan (indoor) berhawa dingin yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya (Level 1).

Seperti biasa, saya dan student saya dah berada di District 21 pada jam 11.30 pagi. Pastikan kena pakai kasut sukan dan pakaian sukan yang sesuai. Sebelum masuk kena daftar dulu di kaunter, bayar duit RM 75 seorang (bayar mahal sebab cuti sekolah), kemudian crew kaunter akan bagi sarung tangan dan stokin eksklusif daripada District 21 untuk dipakai sepanjang berada dalam District 21. Kalau kita tak mau main dan sekadar nak tengok atau nak jaga anak, dikenakan bayaran RM 10 seorang. Tiket ni luput sampai District 21 tutup. So, kita boleh keluar masuk bila-bila masa, contohnya nak makan ke, nak solah atau nak shopping jap kat luar. Kalau nak simpan barang, ada locker disediakan dengan bayaran tertentu, kami ambik locker besar sikit RM 3, boleh la kongsi-kongsi untuk 10 orang.Sedikit info :

Hari Biasa : Isnin - Jumaat : 12 tengahari - 8 malam : RM 58 seorang
Cuti Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10 pagi - 8 malam : RM 75 seorang 

District 21 pernah mendapat 5 rekod Malaysian Book Records iaitu First Indoor Pump Track in Malaysia, First Indoor Ropes Course for Children in Malaysia, First Indoor High Ropes Course in Malaysia, First Indoor Maze in Malaysia dan First Indoor Roller Glider in Malaysia. Aktiviti dalam District 21 ni sangat pelbagai dan komprehensif melibatkan jumping, climbing, riding, sliding dan flying. Ada 10 tarikan yang menarik yang boleh kita join seperti Roller Glider, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride, Go-Pedal dan Pump Track. Semua aktiviti ni, kanak-kanak dan dewasa, semua boleh join. Kalau masa cuti memang ramai budak-budak sekolah dan geng-geng remaja datang, kalau nak main aktiviti tertentu terpaksa beratur panjang dan ambik masa yang lama untuk sampai giliran kita. Syukur, kami berjaya habiskan semua aktiviti pada jam 4.30 petang. 5 jam duduk dalam ni tanpa berhenti main dan sampai lupa nak makan tengahari. Apa-apa pun bestttttt !!!!

ATTRACTION 1 : SKY TRAIL
 Untuk join aktiviti ni perlu ketinggian minima tertentu. Kalau tak silap 160 meter ke atas. Kalau bawah ketinggian tu, tidak dibenarkan buat aktiviti sebab takut tak sampai nak pegang tali. Sebelum bermula ada taklimat peraturan, keselamatan dan tatacara penggunaan tali keselamatan daripada krew yang bertugas. Ada dua laluan samaada laluan panjang atau laluan pendek. Kalau nak mencabar dan jarak yang lebih jauh boleh cuba laluan jauh. Kita kena buat sendiri semua halangan yang disediakan dan memang agak menakutkan, memenatkan, menyakitkan dan melenguhkan tangan dan kaki,  tanpa ada sebarang bantuan daripada krew kecuali ada kecemasan. Takut ke, lemah sangat ke, tak boleh patah balik, kena teruskan perjuangan. Jangan bimbang, keselamatan terjaga.





ATTRACTION 2 : FREE FALL
Boleh tahan tinggi.Terjun daripada menara ke bawah. Takut gak mula-mula tu.


ATTRACTION 3 : THE MAZE






ATTRACTION 4 : TUBBY RIDE



ATTRACTION 5 : POWER STATION
Boleh masuk 20 orang dulu pastu di beri masa 20 minit untuk join semua aktiviti dalam ni










ATTRACTION 6 : TRAMPOLINE


ATTRACTION 7 : ROLLER GLIDER
Aktiviti ni memerlukan berat minimum dan maksimum 44 kg - 80 kg. Kurang atau lebih daripada berat, tidak dibenarkan buat aktiviti ni. Alamak... berat saya 80.2 kg pun, diorang tak bagi.


ATTRACTION 8 : PUMP TRACK



ATTRACTION 9 : GO PEDAL