23 December, 2016

PESTA PULAU PINANG 2016 : Menyambut 50 Tahun Penganjuran...

Desember 2016

Pesta Pulau Pinang kembali meriah dan penuh warna warni dan paling istimewanya tahun 2016, genapnya penganjuran Pesta Pulau Pinang 50 tahun. Maksudnya kali pertama buat pada tahun 1966. Wowww..lama tu..Masih mengekalkan tiket dewasa RM 3, kanak-kanak RM 1 dan parking RM 5 yang bermula jam 6.00 petang - 12.00 tgh malam serta dilangsungkan sehingga 31 Disember. Dengan tiket yang murah menyebabkan ramai pengunjung setiap hari. Masa kami pergi masa ni, dah lebih 300,000 ribu pengunjung. Tema pesta kali ni lebih kepada perdagangan, pelancongan, kebudayaan dan fiesta. Lebih daripada 160 gerai jualan berkaitan pakaian, elektronik, kesihatan, pelancongan, hiasan, perabot, pokok hiasan, produk kraftangan dan macam-macam lagi. 

Ada 80 program yang berkonsep kesukanan, riadah dan kekeluargaan seperti konsert, malam kebudayaan negeri, pertandingan silat, pesta tinju dan pertandingan Muay Thai. Pameran pun banyak daripada agensi kerajaan, swasta dan beberapa buah negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Gerai makan pun banyak dan tempat yang lebih selesa. Macam biasa, Fun Fair mesti ada la. Boleh tahan mahal. 1 token :RM 2. Sekali main sekitar 3 - 6 token. Kami naik Euro Wheel, seorang 4 token, kalau naik 4 orang, abis RM 32.Kelainan yang ketara Pesta Pulau Pinang 2016, disediakan Taman Elektra yang mempunyai banyak hiasan lampu yang kreatif dan bergemerlapan terutama di kawasan terowong lampu. Pengunjung memang suka sangat ambik gambar kat sini. Apa lagi Jom Pesta Pulau Pinang


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment